2 Cara Mudah Atasi Masalah Bibir Berkerak, Kering & Pucat - Abang Terlajak Laris


2 Cara Mudah Atasi Masalah Bibir Berkerak, Kering & Pucat


Bibir yang berkerak, kering dan pucat disebabkan oleh timbunan sel kulit mati. Bagi mengatasi masalah ini, anda perlu menyental bibir secara perlahan-lahan dengan menggunakan skrub khas.

1. Skrub Sea Salt + Minyak Kelapa Buang Sel Kulit Mati

Campurkan 1 sudu minyak kelapa ( sebaiknya gunakan minyak kelapa dara) bersama 1 sudu garam. 

Gaulkan bahan ini agar sebati. 

Kemudian, sapukan bahan ini pada bibir. 

Lakukan urutan bibir secara perlahan-lahan selama satu minit. 

Selepas itu bersihkan bibir dengan menggunakan kasih basah. Bibir akan lebih lembut dan halus kerana sel kulit mati sudah dibuang.

2. Madu + Limau Nipis 

Cara yang paling senang untuk mendapatkan bibir yang merah dengan mengoles madu setiap hari pada bibir. 

Biarkan madu kering, lebih kurang 20 minit. 

Kemudian bersihkan bibir dengan hirisan limau nipis. 

Madu bertindak seperti masker yang merawat bibir dan mengekalkan kelembapan.

Sumber: Mingguan Wanita

No comments

Powered by Blogger.