4 Makanan Yang boleh Lemahkan Tenaga Batin Lelaki - Abang Terlajak Laris


4 Makanan Yang boleh Lemahkan Tenaga Batin Lelaki


Selain tekanan, faktor pemakanan juga banyak mempengaruhi kesihatan sek s ual lelaki. Adakah anda peminat tegar senarai makanan di bawah? Mungkin ini masanya untuk anda mengubah diet anda.

Minuman bergas

Minuman bergas/berkarbonat yang terdiri daripada 100% kandungan gula mempengaruhi turun naik berat badan dan mood anda. Minuman ini juga adalah antara punca yang menyebabkan masalah kesihatan seperti kencing manis, obesiti, kaviti gigi dan lain-lain. Jika anda mula mengalami masalah berkaitan isu-isu kesihatan, ia adalah petanda awal yang memberi kesan pada tahap keghairahan anda.

Keju

Produk-produk tenusu yang boleh didapati di pasaran hari ini tidak semula jadi kerana kebanyakannya sudah diproses. Pengambilan produk tenusu yang tinggi dengan kandungan lemak secara berlebihan akan menyebabkan peningkatan toksin di dalam badan. Secara tidak langsung, ia akan mengganggu pengeluaran semula jadi hormon seperti estrogen, progesteron dan testosteron yang boleh meningkatkan mood seseorang. Toksin yang terkumpul di dalam badan juga boleh menyebabkan kegagalan fungsi organ seksual.

Soya

Soya adalah antara sumber minuman yang berkhasiat juga sumber protein yang baik bagi tubuh. Selain itu, soya adalah pengganti yang sihat bagi daging. Bagi wanita hamil, soya berupaya membantu pertumbuhan kulit yang lembut kepada bayi. Namun, tahukah anda kacang soya mengandungi fitoestrogen yang bersaing dengan hormon seks lelaki? Ia bisa menyebabkan masalah kesuburan, pertumbuhan payudara lelaki dan keguguran bulu dan patut dielakkan oleh lelaki.

Gula-gula getah

Walaupun ia berupaya menghilangkan masalah nafas berbau serta memberi manfaat kepada sistem pencernaan, namun sebaliknya ia boleh memberi kesan buruk kepada nafsu anda. Gula-gula getah menghasilkan mentol (sejenis sebatian berhablur yang larut dalam alkohol, berangin dan digunakan dalam membuat ubat-ubatan dan sebagai bahan perisa) yang berupaya menurunkan nafsu seks.

Alkohol

Mungkin ada yang berasa tenang selepas meneguk beberapa gelas minuman keras. Namun, sebaliknya minuman keras sebenarnya membuatkan anda mabuk, mengantuk dan tidak peka terhadap apa yang berlaku di sekeliling. Adakah anda mempunyai perasaan romantis atau rangsangan apabila melihat seseorang terhuyung-hayang kerana mabuk? Pasti tidak bukan? Hal ini kerana pengambilan minuman keras mendorong tindak balas kimia yang boleh menghalang pengeluaran hormone testosterone kepada lelaki.

No comments

Powered by Blogger.