4 Tips Awet Muda, Lambatkan Penuaan Kulit Wajah - Abang Terlajak Laris


4 Tips Awet Muda, Lambatkan Penuaan Kulit Wajah



4 tip awet muda, lambatkan penuaan kulit wajah;

1. Lindungi kulit wajah daripada sinaran matahari antara langkah terbaik untuk mencegah kulit dari mengalami masalah penuaan lebih awal. Pakai krim pelindung cahaya matahari atau pelembap dengan SPF 28 atau lebih setiap kali anda berada di luar mahupun di dalam bilik berhawa dingin.

2. Merokok akan menyempitkan pembuluh darah, yang mana dapat menurunkan aliran darah selain mengurangkan perjalanan oksigen dan nutrisi ke sel-sel kulit. Ia juga menyebabkan kulit anda menjadi kusam selain timbul bintik-bintik coklat. Jadi untuk mendapatkan kulit yang sihat dan bercahaya, berhentilah merokok.

3. Gunakan pelembap anti-penuaan, ia membantu meningkatkan kapasiti air pada kulit. Selain itu, Vitamin A yang turut membantu dalam menjaga kulit yang terhidrasi. Pastikan anda mendapat vitamin A dari makanan seperti keju, ikan kod dan telur.

4. Penggunaan kosmetik juga dapat membantu memperbaiki tekstur kulit. Garis-garis halus dan kulit kedut dapat ditingkatkan dengan memperbaiki permukaan kulit (resurfacing) melalui kaedah dermatologi, pengelupasan kimia (chemical peeling), laser atau mikro dermabrasi. Peeling juga dapat membantu untuk meratakan warna kulit dan memperbaiki tekstur kulit.

Sumber: Rosmah Idayu Abu Samah via nona.my

No comments

Powered by Blogger.