5 Jenis Bisnes Online Paling Menguntungkan Tahun 2018 - Abang Terlajak Laris


5 Jenis Bisnes Online Paling Menguntungkan Tahun 2018


Jangan tiru bisnes orang lain tetapi buat bisnes yang lain daripada orang lain kerana ianya adalah perkara yang fresh dan mungkin akan mendapat perhatian pelanggan. Barangkali, bisnes anda akan meroket dengan lebih jauh jika kena caranya. 

Apakah 5 Jenis Bisnes Online Paling Menguntungkan Tahun 2018 Itu?

1-Katering Makanan Sihat
Kebelakangan ini semakin mewah usahawan berjualan secara dalam talian, iaitu perkhidmatan menghantar makanan kesihatan. Bukan produk kesihatan tetapi makanan ruji rakyat Malaysia istemewa hanya kepada mereka yang mementingkan kesihatan dalam setiap kalori makanan yang diambil.

2-Produk Fashion
Industri fashion sudah menjadi makanan rakyat Malaysia. Jual sahaja baju yang lain daripada pasaran semasa pastinya ianya akan menjadi kegilaan pembeli untuk berebut menggayakan baju itu di kalangan teman rapat mereka.

3- Produk Kecantikan
Berduit atau tidak, mahal atau murah, pasti wanita akan berusaha untuk mendapatkan produk idaman mereka. Biar duit habis tetapi jangan cantik pula yang terhabis.

4-Gajet
Anda boleh memasang strategi untuk menjual gajet ini. Lakukan servis anda sendiri. Jadilah dealer kepada gedung-gedung gajet ini. Jangan malas bertanya nanti sesat jalan. Cuba dulu berniaga, baru tahu hasilnya nanti.

5- Snack Kudap-Kudap
Ini paling menarik. Kudap-kudap ni boleh buat orang ketagih. Sekali kunyah berpuluh kali rasa nak kunyah dengan plastik-plastik sekali. Tambah-tambah jika bungkusan dia menarik. 

Sunber: Majalah Niaga

No comments

Powered by Blogger.