Jangan Suka Sangat Bila Dah bertunang, Ketahui 7 Dugaan Besar Ini Ketika Tempoh Itu - Abang Terlajak Laris
banner-cikgu-01

Jangan Suka Sangat Bila Dah bertunang, Ketahui 7 Dugaan Besar Ini Ketika Tempoh Itu


Ini adalah 7 cabaran yang perlu dilalui oleh mereka yang sedang menunggu hari bahagia.

1. Emosi tidak stabil - Ada sesetengahnya yang tidak senang duduk apabila sudah mengikat tali pertunangan. Kadang-kadang sedih, marah, terlalu gembira, dan ada yang asyik teringatkan tunangnya sedangkan ada yang telah lama mengenali hati budi masing-masing.

2. Cemburu buta - Kadang-kadang ada juga yang tiba-tiba menjadi terlalu cemburu dan asyik mahu mengawal pergerakan tunang mereka. Ini adalah dugaan semasa bertunang yang biasa terjadi.

3. Takut salah buat keputusan - Antara fobia dan dugaan semasa bertunang, ada yang mula menampakkan ‘perangai’ sebenar. Jadi, anda mula berasa ragu-ragu terhadap pilihan anda.

4. Gangguan orang ketiga - Ada kes yang rumit di mana pihak yang ditunangkan itu menerima tanpa rela, atau tidak tahu menahu tentang perbuatan ibu bapa yang merancang pertunangan anak mereka. Tak cukup dengan itu, ada yang mula curang walaupun diri telah mengikat janji dengan tunang masing-masing.

5. Tekanan keluarga - Apabila sudah mengenali keluarga bakal pasangan, menetapkan wang hantaran, dan sebagainya, mungkin ada terdetik rasa tidak senang terhadap keputusan mereka.

6. Masalah kewangan - Waktu inilah anda perlu berjimat-cermat dan mengumpul wang simpanan sebagai persediaan menghadapi alam rumah tangga.

7. Mula tawar hati - Setelah bermacam-macam ujian datang menimpa, sesetengah daripada mereka mula tawar hati dan tidak berminat lagi untuk meneruskan tempoh pertunangan.

Sumber: Sirap Limau

No comments

Powered by Blogger.