Ramai Suami Isteri Ingin Bahagia, Tapi Selalu Abaikan 7 Perkara Ini - Abang Terlajak Laris


Ramai Suami Isteri Ingin Bahagia, Tapi Selalu Abaikan 7 Perkara Ini


Anda boleh gunakan resepi-resepi yang ini untuk merasai ke bahagian dalam perkahwinan. Semoga resepi di bawah bermanfaat untuk digunakan dalam melayari alam berumah tangga. Bahagia sebuah perkahwinan itu terletak kepada cara pasangan itu melayarinya.

1. Solat berjemaah

Solat berjemaah lebih afdhal daripada solat berseorangan. Suami merupakan imam buat isteri. Imamkanlah ahli keluarga anda sekurang-kurangnya satu waktu sehari. Berjemaah itu sesungguhnya mengeratkan hubungan antara satu sama lain.

2. Masak sendiri

Walaupun anda adalah wanita yang bekerjaya cubalah memasak untuk keluarga anda. Walaupun masakan itu ringkas tetapi jika di masak dengan hati yang ikhlas ia tetap hidangan yang terbaik buat ahli keluarga.

3. Bagi suprise

Kejutan juga tidak semestinya hanya untuk hari-hari istimewa, tapi jadikanlah hari-hari biasa anda berdua sebagai hari istimewa dalam hidup anda. Mulakanlah rancangan anda untu membuat kejutan buat pasangan anda.

4. Jadi pendengar setia

Jadilah pasangan yang prihatin terhadap setiap emosi pasangan anda. Mungkin ini perkara yang remeh bagi sesetengah orang tetapi setiap perkongsian dan perhatian itu akan membawa hubungan anda ke satu tahap yang baru.

5. Sentuhan mesra

Pastikan anda menyentuh pasangan anda setiap hari. Jangan mengharap suami atau isteri yang perlu memulakan sentuhan. Jika suami tidak memulakan sentuhan, para isteri ambillah langkah pertama untuk menyatakan pada suami bahawa anda memerlukan sentuhan melalui perbuatan.

6. Komunikasi 2 hala

Kegagalan rumah tangga biasanya berpunca daripada kurangnya komunikasi yang berkesan dalam hubungan. Perkahwinan memerlukan komunikasi untuk menyatakan perasaan cinta dan rindu. Komunikasi juga penting untuk mencari jalan penyelesaian terhadap permasalahan dalam rumah tangga.

7. Percutian

Ada kalanya, isteri rasa bosan jika hanya duduk di rumah. Bila cuti sekolah sekalipun, asyik balik rumah mak atau mak mentua. Bagaikan tiada masa untuk diri sendiri.

Sumber: SirapLimau

No comments

Powered by Blogger.