Nak Nampak Lebih Kurus & Tinggi, Cuba 7 Tip Berpakaian Bagi Mereka Berbadan Pear - Abang Terlajak Laris


Nak Nampak Lebih Kurus & Tinggi, Cuba 7 Tip Berpakaian Bagi Mereka Berbadan Pear


Ada beberapa tips berpakaian bagi anda yang berbadan pear, untuk tampak lebih kurus dan tinggi.

1. Elakkan baju dengan ropol-ropol atau corak yang sarat di bahagian pinggul atau paha. Fokus mata akan tertumpu pada bahagian ini. Justeru elakkan fesyen yang menarik perhatian di bahagian tersebut.

2. Gayakan baju atau blouse bercorak yang dipadankan dengan skirt atau seluar polos. Lebihkan aksesori atau gayakan shawl sebagai titik focus dalam gaya anda.


3. Pakai warna yang lebih gelap di bahagian bawah. Gelap tidak semestinya hitam, ianya boleh juga seperti padanan skirt polos berwarna coklat cair dan blouse berbunga kecil.


4. Pakai skirt atau seluar yang kembang di bahagian bawah atau buku lali. Namun elakkan juga skirt yang terlalu kembang bagi mereka yang rendah, bimbang ia akan menampakkan diri lebih

5. Elakkan ‘belt’ atau tali reben dari baju yang berjuntai di bahagian pinggul anda

6. Pakai jaket atau blazer – jaket dan blazer juga boleh menjadi aksesori yang sesuai. Gayakan jaket dari warna yang kontra daripada warna baju dan seluar yang dipakai.

7. Aksesori seperti rantai leher mutiara yang labuh atau juntaian shawl di bahagian hadapan dada dapat memberikan ilusi badan yang lebih tinggi.

Sumber: Sirap Limau

No comments

Powered by Blogger.