Adakah Anda Seorang Ego? Profesor Dr. Muhaya Jelaskan Ciri Cirinya - Abang Terlajak Laris


Adakah Anda Seorang Ego? Profesor Dr. Muhaya Jelaskan Ciri Cirinya


Ramai yang tahu orang yang ego ni selalu nak betul je apa dia cakap, nak menang dalam serba serbi.  Kemudian orang yang ego ni cepat nak marah. Apa lagi eh beza antara orang yang ego dan tak?

Profesor Dr Muhaya dalam satu video menjelaskan secara ringkas dan padat beza orang yang ego dan tak. 


Bila anda ada sifat ego atau rasa diri terlalu bagus, ramai yang tidak menyukai anda dan tiada siapa yang nak dekat dengan anda. Adakah anda seorang yang ego dan bajet bagus? Ketahui tanda-tandanya di bawah ini!

Lupa diri

Mereka yang bersifat ego akan sentiasa tunjukkan diri lebih bagus dan berusaha untuk menutup kelemahan sehingga boleh lupa diri.

Taasub dengan impian

Tidak salah mempunyai impian dan cuba untuk mencapainya. Tapi, kalau dah taksub sangat sampai sanggup lakukan apa sahaja hanya kerana tidak mahu dipandang lemah, ego la tu namanya.

Bangga diri

Tanda anda seorang yang ego ialah anda selalu buat cerita untuk tunjukkan anda antara yang terbaik, sedangkan anda tahu ianya tidak benar.

Dahagakan perhatian

Tak salah kalau nak melawak atau bergurau sekali sekala. Tapi, ia hanya akan memperlihatkan diri anda seorang yang ego jika lakukan melebih-lebih. Bagi si ego, apa yang penting hanyalah dirinya yang perlu diberi perhatian sepanjang masa.

Ikut kepala sendiri

Bila semuanya kena ikut kepala anda je dan tak nak terima pendapat orang lain, memang sah anda seorang yang ego dan bajet bagus. Orang macam ni memang tak ada kawan.

Perasan bagus

Ketika berbual dengan rakan, anda selalu puji diri anda sendiri seperti fizikal dan penampilan. Ini membuktikan anda membandingkan diri sendiri dengan orang lain. Memang tak ada sapa nak rapat dengan anda nanti.

Penting diri sendiri

Apabila anda tidak menjaga perasaan orang lain dan hanya penting perasaan sendiri sahaja, itu menunjukkan anda seorang yang ego. Cuba letakkan diri anda di tempat orang tersebut, mesti anda rasa sakit juga kan!

No comments

Powered by Blogger.