Jenis Ikan Ini Baik Untuk Ibu Hamil Ambil Untuk Dapat Anak Bijak - Abang Terlajak Laris


Jenis Ikan Ini Baik Untuk Ibu Hamil Ambil Untuk Dapat Anak Bijak


Ramai pakar mengesyorkan bahawa ikan berlemak yang ditangkap secara liar adalah bahan yang paling baik untuk perkembangan otak bayi.

Makerel, tuna, sardin, salmon dan trout adalah ikan yang paling kaya dengan asid lemak Omega-3.

Lemak ini penting untuk intelek bayi anda kerana 60% otak manusia adalah terdiri daripada lemak. Ikan tersebut akan bantu membentuk tisu otak serta membina sistem imunisasi yang kuat.

Tetapi walaupun ikan-ikan Omega-3 ini elok untuk kesihatan, ia juga terdedah kepada pencemaran yang boleh membahayakan kehamilan.

Oleh sebab itu, garis panduan yang diterbitkan oleh U.S. Food and Drug Administration pada tahun 2014 menggalakan wanita hamil untuk memakan ikan, tapi tidak lebih dari 340 gram setiap minggu.

Sumber: Cosmopolitan

No comments

Powered by Blogger.