Baru Berumah Tangga, 13 Tips Urus Kewangan Supaya Tak Sesak Hujung Bulan - Abang Terlajak Laris


Baru Berumah Tangga, 13 Tips Urus Kewangan Supaya Tak Sesak Hujung Bulan


Percaya atau tidak, yang lebih menjamin kesejahteraan kewangan suami dan isteri adalah komunikasi. Banyak krisis yang berlaku dalam rumah tangga berpunca dari komunikasi mengenai topik kewangan yang tidak jelas.

Peranan isteri

1. Nyatakan kepada suami pandangan anda mengenai wang dan minta dia juga melakukan hal yang sama.

2. Bincang tujuan kewangan yang ingin anda capai dan minta suami melakukan hal yang sama.

3. Selepas masing-masing tahu matlamat kewangan pasangan, buat keutamaan mengenai matlamat kewangan mana yang sebaik-baiknya dicapai terlebih dahulu oleh anda berdua.

4. Rancanglah cara untuk mencapai matlamat kewangan tersebut. Rancangan itu haruslah praktikal dan boleh dilaksanakan oleh kedua-duanya.

5. Tulis tindakan yang akan anda berdua ambil untuk melaksanakan rancangan tersebut. Contohnya anda akan melakukan ini, pasangan anda akan melakukan itu, sehingga anda berdua berjaya melaksanakan rancangan itu bersama.

6. Tentukan siapa di antara anda berdua yang akan membayar bil-bil atau belanja rutin setiap bulan.

7. Tentukan jumlah had pengeluaran yang boleh dilakukan oleh anda secara peribadi (tanpa perlu tanya terlebih dahulu kepada pasangan anda).

8. Tentukan jenis pelaburan yang akan anda lakukan untuk jangka masa panjang.

9. Pastikan adakah wang anda dan suami perlu disimpan dalam akaun bersama atau akaun masing-masing.

10. Kerap berbincanglah mengenai rancangan yang sudah dijalankan. Nilai semula rancangan tersebut, sekurang-kurangnya setahun sekali untuk melihat sama ada anda berdua masih mempunyai matlamat kewangan yang sama dan adakah rancangan itu ada  menunjukkan kemajuan sepertimana tempoh yang sudah ditetapkan. Peruntukkan waktu secara rutin untuk berbincang secara terbuka mengenai masalah kewangan yang anda hadapi dalam rumah tangga.

Peringatan untuk suami

Untuk para suami, adakah anda jenis suami yang enggan memberitahu jumlah gaji sebenar anda kepada isteri? Jika ya, mungkin anda termasuk dalam golongan ini:

1. Anda seorang yang ego dan pentingkan diri. Anda mungkin tidak ingin isteri anda tahu bahawa pendapatan anda tidak besar tanpa menyedari bahawa anda telah menyukarkan satu perancangan kewangan yang telus.

2. Anda juga mungkin tidak mahu isteri tahu bahawa pendapatan anda sememangnya besar.

3. Menganggap persoalan pendapatan adalah peribadi walaupun terhadap isteri sendiri? Ini bukan masalah gaji besar atau kecil tetapi mungkin anda merasakan bahawa “Duit saya, duit saya. Duit dia, duit dia”.

Sumber: Pesonapengantin

No comments

Powered by Blogger.