Cara Bersih Kesan Karat Air Pada Cerek - Abang Terlajak Laris


Cara Bersih Kesan Karat Air Pada Cerek


Ada petua yang boleh dicuba bagi mengatasi masalah ini. Kaedah ini menggunakan bahan-bahan yang selamat dan tanpa bahan peluntur kimia berbahaya. Anda hanya memerlukan:

BAHAN-BAHAN:

Air – jumlahnya sehingga memenuhi paras cerek yang kotor
1 biji lemon – hiris

CARA-CARA:

1. Isikan air ke dalam cerek dan masukkan buah lemon.

2. Didihkan air seperti masak air biasa. Kemudian rebusan air bersama lemon selama semalaman atau beberapa jam.

3. Gosok permukaan dalam cerek dengan span lembut hingga bersih. Bilas dan keringkan.

4. Hasilnya cerek anda lebih bersih berbanding sebelum.

No comments

Powered by Blogger.