Cara Buat Cili Boh Sedap, Cantik & Lambat Berkulat - Abang Terlajak Laris


Cara Buat Cili Boh Sedap, Cantik & Lambat Berkulat


Menerusi perkongsian Puan Mim Nazihah, beliau kongsikan cara hasilkan cili kisar yang tahan lebih lama. Sangat berbaloi untuk dicuba.

Kak mim nak share cara buat cili kisar yang tahan berbulan tak berkulat. Mesti ramai yang dah tau kan tapi tak apa. Nak share jugaklah. Mungkin ada sorang dua yang masih tak tau.

Selalukan kalau kita kisar cili kering, simpan dalam peti ais, tak sampai seminggu ia dah masam dan naik kulat putih. Guna cara ni InsyaAllah tahan lama. Sebulan dua tak berkulat.

Bahan-bahan;

Cili kering
Bawang putih
Air tapis

Cara-cara;

1. Potong cili kering dan kupas bawang putih. Cuci bersih.

2. Rebus cili kering bersama bawang putih sampai lembut cili tu. Kemudian toskan. (tak perlu basuh lagi ya, cuma tos saja, sebab tadi kita dah cuci bersih, kalau basuh balik guna air paip nanti cili kisar tak tahan lama).

3. Biarkan sekejap agak cili dah sejuk sikit, kemudian kisar dengan menggunakan air tapis. Jangan guna air paip ya, malah bawang putih pun bertindak sebagai anti kulat.

4. Letak cili kisar dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk. Hasilnya cili akan tahan lama dan tak berkulat. Selamat mencuba.

No comments

Powered by Blogger.