Rempah Kari Ikan Giling Homemade Lagi Sedap! - Abang Terlajak Laris


Rempah Kari Ikan Giling Homemade Lagi Sedap!


Bila buat sendiri, kita boleh ubah resipi ikut selera masing-masing. Kalau nak pedas, boleh lebihkan cili. Kalau nak kari warna terang, boleh lebihkan kunyit. Lagipun rempah kari homemade ni lebih sedap dari yang dibeli. Terasa wangi bahan-bahan yang digunakan.  

Jom cuba resipi perkongsian Puan Normah Bahari ini. 

Bahan bahan:

10-12 biji cili kering
3 sudu besar rempah biji ( ketumbar )
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar atau 5-7 ulas bawang kecil
Kunyit hidup sebesar ibu jari
10-15 biji lada hitam
2 sudu besar jintan putih
1 sudu besar jintan manis

Cara menyediakan:

1. Semua bahan dibasuh, tapis dan rendam air panas selama 10 minit, kecuali bawang dan kunyit hidup.

2. Kemudian blend/kisar kesemuanya sehingga betul-betul halus.

3. Sedia untuk dibuat kari.

Info:

Setelah siap boleh dimasak cara yang sama seperti kita guna serbuk kari.
Kalau buat rempah sendiri , kita tidak akan rasa was-was lagi .
Kalau ada penggiling boleh gunakan untuk rasa yang lagi sedap.

No comments

Powered by Blogger.