Cara Ganti Puasa Yang Sudah Tertinggal Lama - Abang Terlajak Laris


Cara Ganti Puasa Yang Sudah Tertinggal Lama


Cara ganti puasa Ramadhan adalah sama dengan puasa Ramadhan, kecuali pada lafaz niatnya.

Lafaz niat ganti puasa adalah seperti berikut:

BILA BOLEH MULA GANTI PUASA RAMADHAN?

Kita boleh menggantikan puasa yang tertinggal pada bila-bila masa selepas bulan Ramadhan sehingga ke bulan Ramadhan yang berikutnya, kecuali pada hari yang dilarang berpuasa seperti pada hari pertama Hari Raya Aidilfitri.

BAGAIMANA MENGGANTI PUASA YANG SUDAH TERTINGGAL LAMA?

Kadangkala, terdapat kes di mana kita sudah lama meninggalkan puasa di zaman muda remaja. Sehinggalah sekarang, barulah kita terdetik untuk menggantinya. Jadi, bagaimana?

Sekiranya kita tidak berkesempatan mengganti puasa sehingga datang Ramadhan seterusnya, maka kita diwajibkan membayar fidyah. Fidyah bererti membayar denda berbentuk beras kepada fakir miskin.

Puasa yang telah ditinggalkan itu tetap wajib diganti, dalam nisbah dan kadar yang sama, iaitu satu hari tertinggal bersamaan dengan satu hari puasa ganti.

Manakala, jumlah fidyah meningkat mengikut tahun, tetapi bilangan puasa tetap sama.*

**Sumber Rujukan: Laman Web Masjid Al-Azim

No comments

Powered by Blogger.