Cara Mudah Buang Whitehead & Blackhead - Abang Terlajak Laris


Cara Mudah Buang Whitehead & Blackhead


Petua ini telah diamalkan sejak sekian lama oleh Puan Yanie Rosdi.

Beginilah cara buang whitehead dan blackhead yang degil pada wajah anda. Hanya guna 2 bahan tau.

BAHAN-BAHAN

Sebiji telur (diambil putihnya)
3 keping kapas muka

CARA-CARA

1. Asingkan Putih Telur
Mula-mula, asingkan telur putih daripada kuningnya. Kita akan gunakan yang bahagian putih ya.

2. Rendamkan Kapas
Seterusnya, ambil kapas muka tadi dan rendamkan ke dalam telur putih yang telah diasingkan. Agak-agak rendam sampai kapas dah larut dengan semua putih telur.

3. Wapkan Muka Dengan Air Suam
Sementara itu, wapkan muka dengan air suam. Langkah ini penting untuk buka pori supaya lebih terangkat.

4. Tepekkan Kapas
Kemudian, tampalkan kapas bertelur di sekitar zon T dan tunggu sehingga 1 jam atau hingga kapas mengering. Kalau nak cepat, boleh duduk depan kipas supaya kapas lebih cepat kering.


5. Angkat
Beginilah hasilnya. Segala whitehead dan blackhead akan terangkat bila kapas dah mula mengering dan ditarik keluar. Kulit muka pun akan terasa lebih licin dan segar. Cuba buat dengan konsisten seminggu 2 kali dan tengok hasilnya nanti.


No comments

Powered by Blogger.