Air Laici Asam Masin Soda, Sedap Lagi Menyegarkan! - Abang Terlajak Laris


Air Laici Asam Masin Soda, Sedap Lagi Menyegarkan!


Panas-panas ni, sedapnya lah kalau pekena air laici asam masin soda ni, dapat sejukkan tekak dan badan. Jom buat, ini resepinya.

Bahan-bahan:

1 botol besar air aiskrim soda.
1 tin laici - Ambil buahnya sahaja/guna longan pun boleh.
2 batang serai - Dititik.
daun pudina - Terpulang berapa helai.
1 biji lemon - Dihiris nipis.
5 biji asam boi putih.
Ketulan ais secukupnya.

Cara-cara:

1. Cuci semua bahan hingga bersih.
2. Hiriskan lemon nipis nipis.
3. Sediakan bekas yang bersesuaian.
4. Letakkan daun pudina secukupnya.
5. Masukkan lemon yang telah dihiris.
6. Diikuti asam boi putih.
7. Masukkan buah laici / longan.
8. Tuangkan air aiskrim soda secukupnya.
9. Letakkan ketulan ais jika suka.
10. Akhir sekali masukkan serai yang telah dititik.

Ok, dah siap dah. Sekarang anda dah boleh minum!

No comments

Powered by Blogger.