Daging Rebus Air Asam Pasti Buat Anda Terliur - Abang Terlajak Laris


Daging Rebus Air Asam Pasti Buat Anda Terliur


Perkongsian oleh Farhana Ismail,

Dengar tajuk pun dah mengancam kan,tapi memang sedap sangat tau. Sedar tak sedar laki bini habis 3 pinggan la nasi sorang.

Sampai menyandaq macam ulaq sawa. Jom kita tengok resepi camna nak buat mak mertua terpikat ni.

Daging yang telah direbus dan dipotong.

Bahan bahan blender:

Sedikit cili besar
Sebiji tomato
6 tangkai cili padi-ikut kepedasan yang korang suka
Air asam
Sedikit belacan
Garam
Gula

Bahan bahan diatas diblend tapi jangan sampai hancur lebur sangat ya. Kasar kasar gitu.

Bahan bahan potong:

Tomato 
Cili padi
Cili besar
Bawang besar

Yang ni just potong potong je dan masukkan dalan bahan blender tadi. Masukkan daging yang dah direbus tadi.

No comments

Powered by Blogger.