Jamu Asam Kunyit Untuk Mereka Dah Masuk Umur 30 - 40an - Abang Terlajak Laris


Jamu Asam Kunyit Untuk Mereka Dah Masuk Umur 30 - 40an


Perkongsian oleh Sue M Shauki,

“ Kita yang dah nak masuk umur 30 - 40an ni . Kena rajin amalkan jamu…jangan sesekali pandang remeh hal kesihatan. Belom umor 40 , lembik sana sini , masuk angin , kolestrol melonjak. Buat jamu yg mak ajar tu.. suami isteri boleh minum . Biarr segeeeerrr !! “ - bebel bunda saya.

Hari ni saya nak kongsikan resipi JAMU yang mak saya pernah buatkan untuk saya 20tahun yang dahulu. Tapi dulu saya liat nak minum jamu ni, sekarang baru lah rase sakit sana sakit sini, baru umur 30 ++. Umur Mak saya dekat 50 tahun lebih , steady lagi tau ! Kulit tegang jeh. Rilek je angkat tong gas ke hulu ke hilir.

Syukur Alhamdulillah masih diberikan rezeki untuk mencari bahan bahan nak buat jamu booster ni.

Saya share terus jelah resepinya ya.
Resepi orang lain saya tak pasti, tapi ini yg mak saya amalkan sejak beliau masih remaja.

Jamu Asam Kunyit Mak saya.

Resepi ini untuk 3 liter JAMU.

Resipinya:

Segenggam Kunyit matang.**
Segenggam Halia Bentong. ** Kalau tiada halia bentong, boleh pakai halia tua. Makin tua, makin pedas makin tinggi zat nya.

Segenggam Temukunci**. Ambil ubi dan jari jemari sekali ( saya tak masukkan kali ni )

Segenggam cekur / kencur **. Sama aje kedua duanya. Sini panggil cekur. Indonesia panggil kencur.

Daun pandan sehelai - simpulkan .
Daun Sirih 3 ke 5 helai ikut saiz. - optional. ( untuk wanita bagus )
Air 3 mangkuk.

Perisa ikut selera memasing:

2 genggam Asam Jawa , ambil airnya.
2 keping Gula Melaka ( nak manis letak lebih sikit )
Sebiji lemon - belah - belah 
Sebatang serai - ketok je
Lada Hitam utk yang lepas bersalin boleh tambahkan ketika fasa memblender tu.
saya letak je semua ni, sedaap nanti.

Bahan bertanda (**) mestilah di kisar halus.

Cara penyediaannya boleh follow video yang telah saya sediakan. Jangan lupa share ya 🤗

Khasiat Jamu ni:

Memulihkan tenaga
Memanaskan badan
Melancarkan peredaran darah
Membuang angin
Atasi lenguh lenguh , sengal badan
Mengurangkan bau badan
Mencuci dalaman badan dan menyah toksin
Menghilangkan keputihan
Memulihkan luka dalaman
Mengecutkan peranakkan
Melawaskan pembuangan
Menyerikan wajah
Mencantikkan kulit
Khasiat tinggi
Agen awet muda
Sesuai untuk wanita dan lelaki

Tidak Sesuai Ketika:

Waktu haid
Sedang hamil
Anak kuning / jaundis
Kalau kencing manis, jangan letakkan gula melaka. Boleh gantikan dengan daun stevia kering.
Kalau darah tinggi, jangan masukkan garam. Gula pun kurangkan.

Nota:

Jamu Asam Kunyit Herba siap diminum. Boleh minum panas suam suam. Kalau nak minum sejuk tu boleh minum air sunquick la. Jamu lagi elok , lagi bermanfaat, lagi afdal kalau minum panas suam suam. Minum pagi sekali Malam sekali. 3-4 x seminggu pon dah ok.

Boleh tapis bahan kisar tu sebelum masak , dan hampasnya buat LULUR jika RAJIN ya. Tapi saya ikut style mak, tak tapis, bahan kisar tadi terus masuk periuk & masak sehingga mendidih . Sehingga tersejat 1 inci. Mak kata “ BIOR KELUOR SARIPATINYA !”

Orang sedang berpantang dalam seratus hari , boleh tambah lada hitam ketika blend. Bagus untuk panaskan badan dan pecah darah beku.

Orang lelaki pon boleh minum, 
Inilah cara orang dulu keluarkan toksin dari badan selain buat rutin kerja harian, memang abis berpeluh , sendawa & kentut tu.. petanda bagus tau !!

Perubahan yang boleh nampak ialah, kulit nampak lebih jernih, berseri & pink - pink sikit.
Part lain kena cuba sendiri dulu lah ya.

siapa pernah cuba kocok ni cuba share pengalaman anda?? . . boleh memperlahankan proses penuaan. Mencegah gejala menopaus. Membantu mengatasi masalah angin di dalam badan. Mengatasi masalah bau bahagian intim wanita. Menguatkan bahagian rahim. Memulihkan tenaga selepas bersalin. Mengekalkan berat badan yang ideal. Membantu mengawal paras kolesterol. Membantu kawal gula di dalam darah. Melancarkan peredaran darah. Mengawal tekanan darah. Mengatasi masalah kulit seperti jerawat, jeragat dan kulit kusam. Memelihara keremajaan kulit. Mengurangkan kesan kedutan dan garis-garis halus. Meningkatkan tahap metabolisme. Meningkatkan tahap tenaga dan kecergasan. Menguatkan sistem imunisasi. Memelihara kesihatan dalaman kaum wanita. Mengatasi keletihan dan kelesuan tubuh badan. Menyingkirkan toksin. Mengetatkan otot faraj. Merawat masalah keputihan, senggugut, dan kitaran haid. Meningkatkan keinginan (libido) dan fungsi seksual wanita. Menganjal dan membesarkan saiz payudara. Mengatasi masalah sakit puan. . . kepada korang yang nak cuba harga x mahal hnya rm69jee botol besar tahan 2bulan.. boleh dapatkan pada ini di semua kedai jamu farmasi caring dan juga melalui Agen online kami seperti di bawah💯 berkesan..
A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

No comments

Powered by Blogger.