Jangan Sia Siakan Temuduga Anda Dengan 7 Kesilapan Ini - Abang Terlajak Laris


Jangan Sia Siakan Temuduga Anda Dengan 7 Kesilapan Ini


Berikut adalah tujuh kesilapan besar melibatkan bahasa badan yang dilakukan oleh calon semasa temuduga.

1. Postur duduk atau diri yang teruk.

Tiada majikan mahu mengambil pekerja yang nampak tidak berkeyakinan atau malas. Majikan mahukan mereka yang berdiri tegap, duduk tegak dan kelihatan memberikan sepenuh perhatian kepada sebarang perbincangan.

2. Jabat tangan yang ‘buruk’.

Berjabat tangan dengan yakin dan tunjukkan siapa yang sebenarnya bersifat dominasi! Tiada majikan mahu mengambil pekerja yang ‘lembik’. Mulakan jabat tangan dengan keras dan yakin.

3. Tangan berpeluh

Tak cukup dengan jabat tangan lemah, tangan berpeluh pula. Basuh tangan menggunakan air sejuk di bilik air mampu memberikan tangan kering selama 10 minit, secara kasarnya. Tangan yang kering mampu memberikan impak maksimum ketika berjabat tangan.

4. Kurang hubungan mata

Calon yang kurang hubungan mata (eye contact) menunjukkan diri mereka tidak serius, tambahan lagi untuk calon yang selalu bermain pen, kertas, rambut atau apa sahaja apabila sedang berhadapan dengan orang penting.

5. Gelisah

Perlakuan gelisah terutamanya ‘fidget’ seperti menggoyang kaki, mengetuk jari mahupun bermain rambut langsung tidak membantu ketika temuduga. Calon sangat digalakkan untuk meletakkan tangan di paha dan memandang tepat kepada mata si penemuduga.

6. Nampak bosan

Penemuduga tidak mahu berjumpa dengan individu yang kelihatan tidak berminat atau calon yang asyik fikir tentang hal-hal lain semasa temuduga. 

7. Senyumlah

Senyum memberikan tenaga yang positif kepada orang-orang di sekeliling. Jika calon mempunyai barisan gigi yang cantik, ia adalah satu bonus. Ceriakan mereka yang berada di sekeliling dan penemuduga yang mungkin mempunyai mood tidak elok pada hari temuduga.

No comments

Powered by Blogger.