Jika Mencintai Suami, 4 Perkara Ini Perlu Anda Tunjukkan Kepadanya - Abang Terlajak Laris


Jika Mencintai Suami, 4 Perkara Ini Perlu Anda Tunjukkan Kepadanya


Suami yang merasakan dirinya dicintai oleh isteri akan selalu merasai kebahagiaan. Isteri yang baik apabila suami bahagia. jadi, make him happy, everyday! Without fail.

Jika anda sangat mencintai suami anda, 4 perkara ini perlu anda tunjukkan kepadanya. 

1. Urus rumahtangga dengan berjihad ke jalan Allah

Urus rumah tangga your level best! Makan pakai, anak-anak diuruskan secekap mungkin. Andalah super model untuk suami, andalah chef terkemuka, andalah guru terbaik anak-anak, anda juga best friend suami serta anak-anak. Banyak topi yang anda pakai.

2. Taat kepada suami

Isteri yang hot, taat kepada suami tidak kira masa dan ketika. Isteri juga harus hebat dalam urusan kelambu. Isteri perlu juga tahu cara menjaga perhubungan suami isteri yang baik dan menggairahkan. Jangan malu-malu saat harus melayani hasrat suami. Sesekali anda juga menggoda suami untuk naik ke tempat tidur. Tidak berdosa jika anda menjadi “pemimpin” sekali-sekala. Be a hot wife ever!

3. Bersolek untuk suami

Menjaga penampilan penting untuk membuat suami bahagia. Jangan ragu untuk mengunjungi Salon Muslimah, mengikuti klub senaman atau kelas yoga. Kecantikan anda bukan hanya untuk anda tetapi juga untuk suami. Merawat diri merupakan salah satu tip menjadi isteri yang baik dan disayangi suami. Anda juga dapat meminta opinion ikhlas daripada suami tentang apa yang kurang pada diri anda.

4. Meminta izin suami untuk membelanjakan harta

Seorang isteri yang baik akan selalu meminta izin suami untuk membelanjakan wangnya; walaupun perbelanjaan itu merupakan komitmen bulan yang suami sedia maklum, jika lebih baik, sentiasa maklumkan suami akan sebarang pengeluaran duit dan sebagainya. Jangan sewenang-wenangnya membelanjakan harta suami tanpa pengetahuannya. Berdosa, tahu?

Sumber: Himpunanceritalawak

No comments

Powered by Blogger.