Khasiat Minum Gabungan Susu, Bawang Putih & Madu Rasa Sakit & Nyeri di Pinggul & Pinggang - Abang Terlajak Laris


Khasiat Minum Gabungan Susu, Bawang Putih & Madu Rasa Sakit & Nyeri di Pinggul & Pinggang


Rasa nyeri pada syaraf pinggul atau disebut juga dengan Sciatica terjadi kerana tulang belakang rosak dan terjadi peradangan pada saraf. Gejala ini berlaku akibat keseringan membongkok dan mengangkat barang berat.

Penyakit ini disebut orang awam sebagai penyakit nyeri punggung, sakit pinggang atau pegal linu. 

Boleh cuba petua ini sebagai ikhtiar. 

Bahan-bahan:

4 ulas bawang putih, cincang halus.
200 ml susu cair.
Madu asli secukupnya.

Cara membuat:

Panaskan susu cair dengan api sedang, lalu masukkan bawang putih yang sudah di cincang halus, lalu didihkan. Tambahkan madu secukupnya ketika akan meminumnya. Minum campuran susu dan bawang putih ini sehari sekali.

Susu dan bawang putih adalah kombinasi obat alami dengan kandungan zat yang berkhasiat. Kombinasi keduanya sangat efektif melawan infeksi dan menghilangkan rasasakit seperti linu pada pinggul. Ramuan ini sangat efektif menyembuhkan sciatica atau nyeri saraf sciatic.

Selain keunggulannya dalam menyembuhkan sakit atau linu pada pinggang dan pinggul, racikan susu dan bawang putih ini dapat digunakan untuk mengubati masalah pencernaan dan sembelit, ubat batuk dan flu, ubat sakit asma, juga meningkatkan imuniti tubuh.

No comments

Powered by Blogger.