Khasiat Pokok Genggam Fatimah Untuk Memudahkan Proses Bersalin? - Abang Terlajak Laris


Khasiat Pokok Genggam Fatimah Untuk Memudahkan Proses Bersalin?


Pokok genggam atau Sanggul fatimah (orang arab panggil kaf maryam)

Khasiatnya:

Untuk membuka pintu rahim
Untuk memudahkan proses dan melancarkan bersalin (dengan izin Allah)

Cara Guna:

Rendam semalaman atau 1-3 hari di dalam bekas berisi air biasa. 
Air rendaman tu dijadikan air selusuh.
Sanggul Fatimah ini akan mengembang.. 
Air rendaman tu biar berlebihan tak apa, untuk diminum jangka masa yang panjang.

JANGAN RENDAM DENGAN AIR PANAS ATAU DIREBUS.

Dipercayai akan mengecutkan rahim dan menutup pintu laluan.

INI AKAN MENYUKARKAN PROSES BERSALIN ITU NANTI.

Ketika kandungan berusia 38 minggu, minum segelas sehari dimulakan dengan bacaan Bismillah, doa makan dan selawat 3x.

Ketika kandungan berusia 39 minggu ( 9 bulan ) minum 2x sehari. Dimulakan dengan bacaan Bismillah, doa makan dan selawat 3x.

Ketika dah keluar tanda, mandi dengan membasahkan kepala. Dan Jiruskan air rendaman ni di kepala, hisaplah air yang mengalir itu sambil berdoa :

" Ya Allah, permudahkan dan licinkanlah kelahiran aku ini seperti mana lancarnya air ini mengalir ke atas rambutku ini.. Amin.. "

Semasa menunggu construction atau sudah di dalam labour room, minumlah sekerap yang mungkin.

Kaedah Penjagaan pokok ini?

Akar / Bunga / Sanggul ni jemur kering selepas digunakan kemudian disimpan ditempat yang teduh atau di dalam bekas berpenutup yang bersih.

Jangka Hayat?

Boleh tahan bertahun-tahun dan boleh digunakan berulang-ulang kali.

Ada cara lain nak guna, selain diminum?

Boleh disapu ke perut atau dibuat mandi.

Dalam perubatan tradisional arab mau pun melayu, sanggul Fatimah digunakan bagi menambah tenaga.

Kegunaan lain:

Keputihan
Sengugut
Mengimbang Perjalanan Haid
Mengembalikan Kekuatan Tenaga
Mengecutkan Rahim selepas Bersalin
Menyembuhkan Sakit Pinggang
Melawas Pembuangan Air Besar dan Kecil
Memberi Ketahanan Badan dan Kulit
Darah tinggi
Kencing manis
Menurunkan kadar kolesterol dalam darah
Menyembuhkan sakit sendi
Pelawas ( duretik )
Merawat kebas-kebas kaki dan jari
Membuang angin dalam badan
Menurunkan paras asid urik dalam badan ( mengawal penyakit gout )

1 pokok dibasuh bersih.

Direbus dengan air anggaran 1.5 liter sehingga mendidih.
Minum 1 cawan 2 kali sehari
Ulang rebusan sehingga hilang warna
Gantung dan jemur semula selepas guna

Tumbuhan ini hanyalah ikhtiar tradisional. Yang menyembuhkan tetaplah Allah.

Sumber: Abi Chai via Sirap Limau

No comments

Powered by Blogger.