Kulit Makin Cerah Bersinar Hanya Guna 3 Bahan Mudah Ini Sahaja - Abang Terlajak Laris


Kulit Makin Cerah Bersinar Hanya Guna 3 Bahan Mudah Ini Sahaja


Nak cantik dengan menggunakan bahan semujaladi memang mengambil sedikit masa. Pun begitu kalau kita rajin mengamalkannya setiap hari wajah pasti nampak hasilnya. Muka flawless je.

Selain tidak perlu gunakan kos, ia juga lebih cepat, pantas dan menjimatkan. Perkongsian Ika Mat Bakhir di facebooknya menggunakan tiga bahan yang terdapat di dapur ini patut anda cuba.

Bahan-bahan:

2 sudu makan beras pulut
1 sudu teh gula
1 sudu teh garam

Cara-cara:

1. Satukan kesemua bahan ini di dalam kuali dan sangai kering kesemua bahan ini.
2. Apabila bertukar keperangan, angkatlah dan kisar bersama sedikit air.
3. Pastikan bancuhan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair. Apabila bancuhan telah sejuk, ratakanlah ke seluruh wajah.
4. Biarkan seketika hingga kering, kemudian gosoklah lembut ke seluruh wajah.


No comments

Powered by Blogger.