Lelaki, Ini 5 Tanda Tubuh Anda Berpenyakit - Abang Terlajak Laris


Lelaki, Ini 5 Tanda Tubuh Anda Berpenyakit


Orang lelaki jangan buat ‘derk’ dengan tanda-tanda fizikal pada badan korang yang mungkin menjadi petunjuk awal penyakit-penyakit berbahaya. Ikuti 5 tanda-tanda mudah ini demi kesihatan korang.

1. Kadar Denyutan Nadi

Untuk lelaki dewasa yang sihat, kadar denyut nadi normal adalah sekitar 70-75 denyutan sesaat. Cara nak ukur senang je. Letakkan dua jari di urat nadi pergelangan tangan lalu hitunglah sambil melihat jam selama 15 saat. Kemudian darabkan jumlah denyutan yang korang dapat tadi dengan 4 untuk mendapatkan nilai per minitnya.

2. Amati Warna & Bau Urin

Yang ini senang je. Jika pengambilan air kosong cukup, air kencing akan bewarna putih jernih. Sebaliknya jika korang asyik minum air manis atau kurang minum air, warna air kencing kuning pekat atau gelap. Kalau dah kuning bertukar semakin pekat ke warna kemerahan dan bau yang agak kuat, baik korang lekas pergi jumpa doktor.

3. Perhatikan Kuku

Jika kuku korang sihat, ia akan bewarna merah muda. Untuk kuku ini korang tak perlu risau sangat. Sesetengah lelaki kukunya bewarna kuning yang mungkin menandakan masalah pernafasan. Tapi kalau kuku berlekuk hati-hati kerana ia mungkin simptom awal penyakit diabetis. 

4. Kuantiti Air Mani

Untuk lelaki normal, korang mampu menghasilkan cairan air mani kira-kira 2-5ml ketika ejakulasi. Tapi kena ingat juga semakin korang berusia, air mani akan berkurangan. Jika muda-muda lagi air mani tak sampai 2ml itu mungkin tanda penyakit hypersermia yang mempengaruhi kesuburan lelaki. Selain itu, korang kena check juga warna air mani. Air mani lelaki yang sihat biasanya bewarna putih dan pekat. Kalau air mani korang cair sangat atau mengandungi darah, kena cepat berjumpa doktor.

5. Kulit Yang Sihat

Yang ni pun senang juga. Kulit yang sihat bersifat elastik dan kembali normal, contohnya bila dicubit. Kalau badan korang kekurangan air, dah lama cubit pun kulit masih tak kembali kepada posisi asal.

Sumber: Lelaki Sihat 

No comments

Powered by Blogger.