Lelaki Ini Kongsikan Petua Rawat Penyakit Batu Hempedu - Abang Terlajak Laris


Lelaki Ini Kongsikan Petua Rawat Penyakit Batu Hempedu


Perkongsian oleh IZWAN BIN MOHAMED NORDIN menghidapi penyakit ini tanpa perlu di bedah oleh doktor.

Saya nak kongsi pengalaman kena penyakit batu hempedu pada tahun 2010. Antara tanda-tanda awal penyakit ini adalah seperti hilang selera, badan lesu dan mata kabur. Kulit serta mata putih nampak kekuningan.

Pada suatu hari tiba-tiba terasa sakit yang teramat pada pinggang hingga saya berguling-guling, terasa pinggang macam dicucuk-cucuk, rasa loya nak muntah pun ada dan demam secara tiba-tiba . Saya terus ke KPJ Kajang dan doktor sahkan ada batu dalam hempedu. Doktor sarankan jalani pembedahan untuk membuang hempedu. Tapi saya tak puas hati. Doktor tu ada juga sarankan minum jus epal banyak-banyak. Di rumah saya google sendiri cari alternatif. Cari punya cari jumpa satu petua yang agak boleh pakai dan saya amalkan sampai sekarang. Petua ini telah selamatkan hempedu saya dari dibuang.


Petua rawat “Batu Dalam Hempedu (gallstone flush)” tanpa pembedahan.

Cara 1 : Express 1 hari

1. Puasa dari jam 12 malam sebelum mulakan cara ini pada keesokan hari. Maksudnya makan malam sebelum 12 malam.

2. Esok pagi sarapan – minum jus 3 biji epal hijau (granny smith) . Boleh dapat di kebanyakan pasaraya. Saya kupas kulitnya dan blend sendiri.

3. Makan tengahari – minum jus 3 biji epal hijau

4. Makan malam – minum jus 3 biji epal hijau

5. Banyakkan minum air kosong selama proses ini.

6. Sebelum tidur (10 malam) – Campurkan air perahan lemon (3 biji) dengan minyak zaitun (250ml) . Minum sampai habis.

7. Lansung tidur. Kalau boleh posisikan badan mengiring ke kanan dan rapatkan kaki ke badan (tidur dengan badan kerekot). Ini dapat membantu proses mengeluarkan batu hempedu.

Insyaallah esok pagi buang air besar akan kelihatan batu2 karang keluar.

Cara 2: Proses 6 hari.

1. Setiap hari minum air epal hijau (granny smith) selama 5 hari pertama selepas makan sarapan, makan tengahari, makan petang dan makan malam.

2. Pada hari ke 6 : Lepas sahur mula puasa.

3. Buka puasa lebih kurang jam 6 petang.

6 pm : minum dengan bancuhan 1 cawan air dan 1 sudu teh garam Epsom.
8 pm : ulang minum garam Epsom (boleh didapati di Guardian atau farmasi)
10 pm : Sebelum tidur. Campurkan air perahan lemon (3 biji) dengan minyak zaitun (250ml) . Minum sampai habis.
Perut akan rasa memulas nak buang atau rasa nak buang esok pagi.

Seelok-eloknya rancang bila nak mula proses hari pertama. Supaya tak ganggu rutin harian. Contohnya hari ke 6 tu jatuh pada hari hujung minggu. Tak ada la letih sangat sebab berpuasa.

Tujuan penggunaan

Limau adalah untuk menumpulkan permukaan batu-batu hempedu. Supaya tidak mencederakan organ dalaman semasa proses bergerak keluar dari hempedu.

Epal hijau pula bertujuan untuk melembutkan batu-batu hempedu agar ia senang dan mengelongsor keluar dari hempedu

Minyak zaitun. Selepas berpuasa, minyak zaitun masuk ke dalam badan, ia akan dikesan sebagai kandungan lemak yang tinggi. Isyarat akan dihantar kepada hempedu supaya bekerja keras. Secara tidak langsung batu hempedu akan dipam keluar semasa hempedu bekerja pada tahap luar biasa ini.

Garam Epsom pula membantu membuka saluran hempedu.

– Amalkan 6 bulan sekali.

Selamat mencuba dan praktikkannya.

Sumber: Rizky Solution

No comments

Powered by Blogger.