Nak Sambal Ayam Penyet Lagi Sedap? Cuba Cara Ini - Abang Terlajak Laris


Nak Sambal Ayam Penyet Lagi Sedap? Cuba Cara Ini


Perkongsian Rita Zara,

Saya sangat suka makan ayam penyet. Dulu kami laki bini belajar dekat Jakarta, zaman student takde duit banyak, banyak makan ayam penyet dekat tepi jalan je kat sana, 6-7 tahun lepas punya cerita. Dah balik malaysia, susah nak cari yang sedap dan betul rasa asli from Indonesia. So, buat la sendiri kat rumah. Resepi ala ala bibik time student dulu buat. Buat banyak banyak buat stok. simpan dalam peti. 

Bahan Bahan

9 biji cili hidup
45 biji cili padi
3 biji tomato
4-6 biji bawang merah yg size sedang 
5 biji bawang putih
3 inchi belacan (keluasan 3x 1 inci)

Cara Cara


Potong semua bahan kecuali belacan, potong halus halus.
Goreng bahan yang dah dipotong.

Tips: tomato goreng paling last sebab lembik berair.

Then, tumbuk semua benda tu, saya suka tumbuk kasar kasar. Kalau dekat Jakarta dorang pakai uleg.

Then, goreng belacan masukkan semua yang dah ditumbuk tu.
Masuk gula dan garam sikit buat rasa. 
Masak agak sampi minyak terapung.

Pastu boleh makan ayam penyet tiap hari.

Tips: Saya paki formula 1 biji tomato untuk 3 biji lada hidup, setiap 1 biji lada hidup saya letak 5 biji cili padi untuk combination dan texture yang cantik.

No comments

Powered by Blogger.