Pakar Kulit Tegaskan Sebelum Umur 20 Tahun, Jangan Gunakan Mekap - Abang Terlajak Laris


Pakar Kulit Tegaskan Sebelum Umur 20 Tahun, Jangan Gunakan Mekap


Menurut pakar dermatologi Dr Alina Hasni, kulit kanak-kanak lebih mudah dijangkiti pelbagai kuman dan alahan, jadi alat solek adalah sesuai digunakan seawal usia 20 tahun di Malaysia.

"Alat mekap yang mengandungi tahap merkuri yang tinggi boleh memberi kesan iritasi kepada kulit dan alahan contact dermatitis di mana boleh mencetuskan keradangan kulit kerana keadaan kulit mereka yang lebih lembut dan sensitif," tambahnya.

Beliau juga menegaskan jika produk itu mempunyai bahan yang tidak sepatutnya seperti merkuri dan logam kimia, ia tetap bahaya kepada kanak-kanak walaupun produk itu  mahal dan berjenama.

"Ibu bapa perlu mengambil tahu tentang kandungan yang terdapat di dalam alat mekap itu bagi mengelak kesan sampingan terhadap anak mereka dan memastikan produk itu diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Walaupun produk itu telah diluluskan oleh KKM, ia juga harus diambil kira berdasarkan keselamatan tahap toksin yang terkandung dalam sesuatu produk," jelasnya.

Menurutnya lagi, pembayang mata (eye shadow) adalah antara jenis mekap pengguna harus berhati-hati kerana kulit pada kelopak mata merupakan bahagian yang paling nipis berbanding bahagian lain.

"Di samping itu, penggunaan alat mekap kepada kanak-kanak akan meningkatkan proses penuaan dengan cepat, jadi lebih baik ia dielakkan supaya kulit akan menjadi lebih baik tanpa bahan kimia," kata Dr Alina.

Sumber:Astro Awani

No comments

Powered by Blogger.