Petua Hilangkan Bau Hanyir & Rasa Pijar - Abang Terlajak Laris


Petua Hilangkan Bau Hanyir & Rasa Pijar


Hari ni saya nak share petua dapur untuk cepat hilangkan bau hanyir & juga rasa pijar. Kalau kat rumah ada ubat gigi yang dah tinggal sikit/dah nak habis tu, jom buat cara ni. Cuma perlukan 2 bahan je.

Bahan-bahan:

Ubat gigi
Garam

Cara-cara:

1. Gunting tub ubat gigi, masukkan baki ubat gigi ke dalam bekas (sebaik-baiknya bekas bertutup supaya ubat gigi tak kering).

2. Tambahkan garam sehingga adunan menjadi seperti scrub. Kacau sebati. Siap!


Bila nak guna, hanya lumur bancuhan ubat gigi+garam ni. Gosok tapak tangan & biarkan seketika.


Ia juga berkesan menanggalkan warna kunyit/pewarna makanan pada tapak tangan (untuk hilangkan warna perlu lumur, gosok & basuh beberapa kali)


Nota kaki:

*Biasa saya guna ubat gigi biasa je, ni kebetulan ada baki ubat gigi kayu sugi.
*Jangan gunakan ubat gigi jenis gel (kurang berkesan).
*Kesan hilangkan pijar mungkin berbeza pada individu bergantung pada keserasian. Jika tangan masih terasa pijar, boleh juga sapukan susu pekat/minyak/vaseline/vicks/losyen/toner wajah (jenis beralkohol) pada tangan.

Sumber : Yatie Eimra 

No comments

Powered by Blogger.