Petua Legakan Keletihan Dan Sakit Sengal Badan - Abang Terlajak Laris
banner-cikgu-01

Petua Legakan Keletihan Dan Sakit Sengal Badan


Perkongsian oleh Suzy Honey,

Resepi minuman herba berkhasiat melegakan keletihan dan sakit sengal badan .

3ketul besar ibu jari Halia Bentong (Dihiris dadu )
2 helai daun pandan (Dimayang)
1 biji buah naga(Dipotong dadu)
Gula kabung secukup rasa / atau Gula Batu /Madu tualang
500ml air kosong

Dicampurkan semua bahan bahan tersebut . Di rebus dengan api yang kecil sehingga mendidih.

Boleh diminum diketika suam.
Sangat sesuai menjadi minuman hidangan seisi keluarga semua golongan usia.

Elakkan penggunaan gula putih. Sebaiknya guna gula kabung / madu atau gula batu.
Sesuai untuk masalah angin badan / Melawaskan pembuangan dan lancarkan perjalanan darah .

Selamat mencuba !

No comments

Powered by Blogger.