Petua Untuk Kulit Jerawat & Kulit Glowing - Abang Terlajak Laris


Petua Untuk Kulit Jerawat & Kulit Glowing


Perkongsian oleh Nura Elias,

Ni juga boleh kita panggil sebagai detox wajah yang kalau kita amalkan 3 kali seminggu akan menghasilkan kulit muka yang sihat dan bersih. Antara bahan2 yang digunakan untuk buat masker untuk detox wajah adalah.

Bahan,

1/2 sudu serbuk kunyit
2 sudu beras *
1 Sudu habbatulsauda *

Blend kering item *

Letak air dan gaulkan semua bahan tadi, sapu kat muka,biarkan 15-20 minit kemudian cuci dengan air suam.

Kunyit,
Kunyit dapat mengurangkan sebum serta dapat membersihkan muka dari bakteria. Kunyit mengandungi anti oksida dan anti radang yang mampu membuatkan kulit kita nampak lebih glowing dan cerah sekata.

Beras,
Beras dapat menghaluskan kulit wajah serta mengencangkan kulit wajah dan mengecilkan pori-pori kulit. Beras juga terkenal sebagai ajen pemutih kulit yang semulajadi.

Habbatusauda,
Atau lebih dikenali sebagai jintam hitam yang sangat kaya dengan omega semulajadi untuk pertumbuhan kulit baru. Ia juga dapat meremajakan kulit serta anti kedut. Tak mustahil kulit akan sentiasa tegang bila konsisten dalam rutin detox minguan.

Amalkan 3 kali seminggu dan korang boleh lihat hasil pada minggu ke 3.

Cubalah.

No comments

Powered by Blogger.