10 Cara Untuk Tangani Stres Yang Boleh Sebabkan Banyak Penyakit - Abang Terlajak Laris


10 Cara Untuk Tangani Stres Yang Boleh Sebabkan Banyak Penyakit


Memetik perkongsian Dr. Hamid Arshat di facebook, 

Dia berpendapat dan merumuskan bahawa stres (tekanan mental, emosi dan fizikal) merupakan penyebab dan pencetus utama bagi pelbagai jenis penyakit, termasuk penyakit-penyakit yang menyebabkam kematian mengejut, iaitu serangan jantung dan angin akhmar (stroke).

Saya ingin berkongsi cara-cara saya tangani stres:

1. Tawakkal

Saya sentiasa berdoa kepada Allah agar terus dikurniakan kesihatan kekuatan tubuh. Saya tawakkal kepada Allah sambil berusaha menangi stres. Saya redha dengan ketentuan Allah.

2. Redha

Apabila ditimpa musibah, saya anggap sebagai ujian Allah ke atas keimanan saya. Kita datang dari Allah dan akhirnya akan kembali kepada-Nya. Saya cuba sabar dan melakukan solat serta mohon pertolongan Allah.

3. Sabar

Apabila kehilangan duit sebab ditipu, dicuri, diperas ugut, atau tercicir sebab lalai, saya cuba tahan sedih dan marah. Saya anggap duit itu sudah bukan rezeki atau milik saya. Mungkin saya telah melakukan sesuatu kesalahan dan ini kifarah atau balasannya.

4. Tahan marah

Bila memandu kereta, sering berlaku pemandu2 lain mencetuskan provokasi, saperti menghempit, bunyikan horn dan lain-lain, saya ambil langkah mengalah sahaja dan tahan marah. Begitu juga dalam situasi lain yang mencetus kemarahan, khususnya dirumah dikalangan Keluarga dan ditempat kerja. Tahan marah, tinggalkan Dan beredar jauh untuk sejukkan hati. Ustaz nasihat ambil wuduk, tapi Alhamdulillah saya sering dapat kawal tanpa wuduk.

5. Memaafkan

Saya selalu memaafkan orang yang buat salah dan silap, samaada sengaja atau tidak. Dan terus lupakan peristiwa tersebut tanpa mengungkit-ungkit.

6. Tidak berdendam

Walau pun difitnah dan dizalimi, saya tidak simpan dendam. Dan kawal perasaan untuk membalas.

7. Makan ubat

Bila sakit atau pening kepala sebab penat atau stres lepas kerja, saya makan panadol 2 biji (1gm), biasanya ia akan reda dan rasa tenang. Panadol bertindak membuka saluran-saluran darah yang kuncup dalam jantung, otak dan organ-organ lain akibat stress.

Ramai takut nak makan panadol atau lain-lain pain killers. Nasihat saya, makan ubat tersebut. Ada kajian yang menunjukkan panadol meningkatkan kesihatan dan melanjutkan umur.

8. Berkebun

Saya suka berkebun, mencangkul, tanam sayur-sayuran, herba dan pokok buahan disekitar kawasan rumah. Kesannya memang relaxing.

9. Zikir & Selawat

Memang jadi amalan saya bila memandu kereta saya terus menerus berzikir dan berselawat. Kesannya memang relaxing dan tenang fikiran.

10. Deep breathing

Amalan menarik nafas dengan mendalam dan melepaskan nafas perlahan-lahan. Ulang untuk 5 minit. Saya lakukan bila-bila masa dan dimana-mana tempat bila rasa stres dan tidak selesai.

Sumber: www.mingguanwanita.my

No comments

Powered by Blogger.