3 Cara Bantu Janin Bergerak Dalam Kandungan Bila Dia Mula Kurang Aktif - Abang Terlajak Laris


3 Cara Bantu Janin Bergerak Dalam Kandungan Bila Dia Mula Kurang Aktif


Jumlah pergerakan bayi dalam kandungan tidak sama untuk setiap ibu. Sensasi dan tendangan janin juga berbeza sepanjang kehamilan.

Pergerakan bayi biasanya akan bertambah selepas 32 minggu dan mula mengikut corak pergerakan yang stabil. Tendangan ini sepatutnya dapat dirasakan sehingga hari kelahiran.

Menghampiri tarikh jangkaan bersalin, anda perlu memantau pergerakan bayi agar dapat memastikan dia selamat dan masih mampu meneruskan kehamilan sehingga tiba masa untuk dikeluarkan.

1. Baring

Cuba baring di sebelah kiri, kemudian tumpukan perhatian untuk merasakan pergerakan bayi selama kira-kira dua jam.

Anda sepatutnya dapat merasakan bayi bergerak sekurang-kurangnya 10 kali. Hubungi doktor anda dengan segera jika jumlahnya kurang dari ini.

2. Makan atau minum

Minum segelas jus oren untuk mengejutkan bayi. Makanan juga akan memberi kesan yang sama. Keduanya akan merangsang metabolisme bayi dan menggalakkan pergerakan dan menjafikan dia kerap menendang.

3. Guna irama muzik

Dengan cara ini, anda boleh menggalakkan kekerapan bayi menendang. Lagu pilihan jangan terlalu rancak atau dipasang dengan kuat.

Sumber: Majalah Pa&Ma

No comments

Powered by Blogger.