3 Warna Gincu Bibir Sesuai Untuk Semua Jenis Kulit - Abang Terlajak Laris


3 Warna Gincu Bibir Sesuai Untuk Semua Jenis Kulit


3 pilihan warna gincu bibir ini pasti sesuai untuk semua jenis kulit dan ia tidak akan buat anda tampak kusam dan tidak bermaya. Warna yang wajib ada dalam beg tangan anda!

1. Warna Merah


Gincu bibir rona merah sentiasa menjadi pilihan dan tampak klasik tatkala dioles pada bibir. Jadi, gincu bibir rona merah memang wajib ada dalam beg tangan anda.

2. Warna Magenta


Warna ini juga merupakan antara warna yang menjadi sesuai dipakai oleh semua jenis tona kulit. Warna pink tua ternyata lebih sesuai berbanding warna fushia pink yang akan buat wajah anda lebih gelap dan kusam.

3. Warna Coklat


Warna coklat atau true brown pernah menjadi trend sekitar tahun 90-an dan warna ini dilihat semakin menjadi pilihan wanita masa kini. Tidak dapat dinafikan, warna coklat ini sesuai dipakai untuk semua jenis tona kulit. Kylie Jenner antara selebriti yang sering mengoles gincu rona coklat pada bibir mungilnya itu.

Sumber: www.hijabista.com.my

No comments

Powered by Blogger.