5 Bahan Boleh Digunakan Untuk Legakan Senggugut - Abang Terlajak Laris


5 Bahan Boleh Digunakan Untuk Legakan Senggugut


Perkongsian oleh Aisyah Badar Bajrai, petua ringkas tuk senggugut. 

Bahan-bahan 

1. Ketumbar biji

20 biji ketumbar 
Segelas air

Basuh ketumbar dengan air, selawat sikit pastu rebus ketumbar dengan segelas air selama 10 minit. Tutup api, tapis, dan minum

2. Pudina

2 sudu besar pudina
Segelas air

Rebus pudina dengan segelas air sampai mendidih. Tutup api dan bila dah suam campurkan madu. Minum mase suam.

3. Halia

3 cm halia
Segelas air

Parut halia dan didihkan dengan segelas air selama 5 minit. Tutup api, tapis dan minum mase suam. Boleh campur madu untuk rasa.

4. Daun selasih

2 sudu daun selasih
Segelas air 

Masukkan daun selasih dalam segelas air panas mendidih. Tutup rapat dengan penutup gelas. Minum mase suam. Boleh minum beberapa kali sehari untuk legakan senggugut.

5. Kayu manis Ceylon

1/3 batang kayu manis ceylon
1 gelas air

Rebus kayu manis dengan air sampai air warna coklat cair. Tapis dan minum masa suam. 
Senang kan nak rawat senggugut. Kalau malas sangat nak rebus rebus, korang makan bijan pun boleh. 

No comments

Powered by Blogger.