5 Cara Paling 'Cool' Pikat Wanita, Pasti Si Dia Jatuh Hati - Abang Terlajak Laris


5 Cara Paling 'Cool' Pikat Wanita, Pasti Si Dia Jatuh Hati


5 cara ini paling ‘cool’ dan dijamin menghasilkan bunga-bunga cinta. Selamat mencuba!

1. Jangan Terburu-buru

Jangan gelojoh dan kelam-kabut. Perempuan suka lelaki tunjukkan minat pada dirinya tapi dengan cara yang tertib. Kalau nak minta nombor telefon pun ada cara dia. Jangan main terjah terus. Perkenalkan diri dulu dan bagitau niat kita nak berkenalan. 

2. Jadilah Gentleman

Tunjukkan siapa diri kita terutamanya sisi yang baik kerana first impression atau anggapan pertama adalah sangat penting. Mulakan perbualan atau apa-apa saja tindakan yang akan membawa kepada perkenalan. 

3. Usik-mengusik

Kadang-kadang kita perlu mesra sikit. Puji la pasal tudung baru dia ke, kasut baru dia ke, make-up dia ke. Puji je apa-apa yang patut. Saja nak mengusik dia. Biar dia tersenyum malu gitu. 

4. Kena kreatif

Lelaki kena kreatif dalam berbicara. Lihat sekeliling dan ceritakan apa yang berlaku pada ketika itu. Contohnya kalau masa tu kamu berdua ada di taman permainan, cakap la, “Awak masa kecik-kecik suka main buaian tak?” Walaupun mungkin pada awal topiknya tidak seberapa menarik, tetapi dari situ akan wujud usaha untuk berbual.

5. Buat dia rindu

Biar dia rindu pada anda. Bagaimana nak buat tu? Selepas berhari-hari asyik bermesej, cuba ambil satu satu hari untuk anda berehat daripada menghantar mesej kepadanya. Cuba lihat reaksi dia. Adakah si dia akan mesej anda atau dia pun senyap je. Kalau dia mesej, itu petanda yang baik, sama ada dia tengah sunyi dan rindu pada anda. Tetapi kalau dia pun senyap membisu maksudnya, anda masih lagi seorang insan yang biasa di hati dia. Belum istimewa pada anda. Kena banyakkan usaha lagi.

Sumber: Lelaki Sihat

No comments

Powered by Blogger.