Tekanan Darah Tinggi, Amalkan Pengambilan 5 Makanan Ini - Abang Terlajak Laris


Tekanan Darah Tinggi, Amalkan Pengambilan 5 Makanan Ini


Makanan ini penuh dengan rasa semulajadi dan membantu tekanan darah secara mendadak lebih rendah serta meningkatkan kesihatan jantung dan berat badan.

1. Daun Saderi

Daun saderi adalah sumber semula jadi natrium tetapi ia juga salah satu makanan yang terbaik untuk menurunkan tekanan darah dan meningkatkan aliran darah.

2. Sayur Berdaun

Sayur-sayuran berdaun seperti bayam, kangkung, sawi – dan juga banyak salad mudah – semua penuh dengan kalium dan sebatian yang menurunkan tekanan darah dan meningkatkan aliran darah.

3. Pisang

Pisang adalah sumber magnesium, Vitamin B6 dan asid amino yang juga sangat baik untuk kesihatan sistem saraf. Selain itu, ia membantu mengurangkan kebimbangan yang boleh membawa kepada tekanan darah tinggi.

4. Kentang

Jika anda tidak suka kentang kerana ia sumber semulajadi karbohidrat kompleks, anda sudah terlepas salah satu makanan yang paling sihat di planet ini. Kentang adalah sumber kalium yang baik dan kandungan dalam kentang adalah tiga kali lebih banyak berbanding pisang!

5. Epal

Kandungan epal sangat tinggi kalium dan Vitamin C, dua nutrien hebat untuk meningkatkan kesihatan jantung. Epal juga sumber besar serat dan air yang membantu untuk mengurangkan tekanan darah tinggi dan kolesterol dari badan.

Sumber: www.maskulin.my

No comments

Powered by Blogger.