5 Tips Paling Berkesan Untuk Menurunkan Berat Badan Lelaki - Abang Terlajak Laris


5 Tips Paling Berkesan Untuk Menurunkan Berat Badan Lelaki


Bagaimana tips cara paling berkesan untuk mengurangkan berat badan? 

1) Sarapan Lebih Awal

Sarapan lebih awal pada waktu pagi akan membantu untuk mempercepatkan proses pembakaran kalori dalam tubuh. Misalnya jika anda bermula untuk sarapan setiap jam 7 pagi, maka anda mampu untuk mengawalkan waktu sarapan menjadi seawal jam 6 pagi.

2) Minumlah Sebelum Makan

Apabila kita minum segelas air sebelum kita mulakan makan, maka perut kita akan berasa seolah-olah lebih kenyang sehingga secara automatik bahagian makan anda akan turut berkurang (tidak terlalu banyak) dan jika dilakukan secara rutin maka berkesan untuk menurunkan berat badan kita

3) Gunakan Piring Berukuran Kecil

Anda boleh mengurangkan bahagian makanan anda dengan selalu menggunakan piring yang berukuran kecil sehingga makanan yang masuk ke tubuh anda tidak menjadi terlalu banyak. Cara ini telah terbukti cukup efektif dalam menurunkan berat badan anda.

4) Jangan Malas Bergerak

Anda haruslah juga bergerak sebanyak mungkin. Jangan hanya berbaring dan melepak di rumah. Kerap melakukan aktiviti yang menggerakkan tubuh pada setiap hari. Anda juga boleh mencuba untuk kerap naik turun tangga atau berjalan di sekeliling kawasan perumahan anda.

5) Paparan Sinar Matahari

Berdasarkan penelitian, sering berada di luar rumah dan terdedah kepada sinar matahari, akan mampu meningkatkan metabolisme pada tubuh sehingga tubuh sanggup untuk membakar lebih banyak kalori. Hal ini juga mampu membantu dalam usaha anda untuk menurunkan berat badan.

Sumber: Lelaki Sihat

No comments

Powered by Blogger.