7 Kebiasaan Ini Anda Suka Buat Boleh Sebabkan Bibir Mudah Kering & Merekah - Abang Terlajak Laris


7 Kebiasaan Ini Anda Suka Buat Boleh Sebabkan Bibir Mudah Kering & Merekah


Mengalami bibir kering dan merekah adalah satu perkara yang tidak menyenangkan malah boleh menyebabkan kesakitan dan rasa pedih. Namun sedarkah anda ada beberapa perkara yang kita sering lakukan dalam kehidupan seharian kita yang menjadi sebab dan punca kepada bibir merekah dan kering ini?

1. Kurang Air
Menurut Mayo Clinic, kurang air atau lebih dikenali sebagai dehidrasi terjadi apabila badan tidak cukup kandungan air untuk menjalani proses biasa, menyebabkan badan menyerap air daripada kulit, termasuk juga bahagian bibir.

2. Selalu Menjilat Bibir
Menurut Dr. Joel Cohen, seperti yang dipetik daripada BuzzFeed, tabiat menjilat bibir menyebabkan bibir cepat kering kerana bahan kimia yang terdapat dalam air liur boleh mempercepatkan proses pengeringan air pada bibir.

3. Terdedah Pada Cahaya Matahari Yang Melampau
Terdedah pada cahaya matahari menyebabkan terjadinya ‘sunburn’, menyebabkan warna kulit menjadi merah-kemerahan, malah menyebabkan bibir merekah dan kering.

4. Banyak Vitamin A
Seorang lelaki dan wanita dewasa masing-masing memerlukan hanya 900 mcg dan 700 mcg vitamin A sehari. Vitamin A yang berlebihan menjadi punca kepada kerengsaan kulit (skin irritation) – terjadinya bibir merekah dan kering.

Hati lembu, lobak, ubu, telur dan mentega adalah contoh makanan yang tinggi vitamin A.

5. Alergik Pada Bahan Kimia dan Ubat
Bibir yang terdedah pada bahan kimia seperti pada gincu, ubat gigi, malah makanan serta suplement tertentu menyebabkan kegatalan dan menjadi punca kepada bibir merekah.

6. Kurang Vitamin B2
Kurangnya vitamin B2 atau lebih dikenali sebagai riboflavin, menyebabkan kulit kering.  Vitamin B2 banyak terdapat pada susu, cendawan, sayur bayam, yugurt dan daging-daging tertentu.

7. Banyak Makan Oren!
Kandungan asid pada buah oren dan buah-buahan yang masam menyebabkan bibir cepat kering dan kerengsaan pada kulit.

Sumber: Little Things via Era.je

No comments

Powered by Blogger.