7 Tabiat Usahawan Kena Lakukan Untuk Berjaya - Abang Terlajak Laris


7 Tabiat Usahawan Kena Lakukan Untuk Berjaya


Kegagalan bukanlah pilihan yang ada dan sebetulnya tiada dalam pelan rancangan alternatif. Ini menyebabkan mereka terpaksa berusaha dan mencari dan memikirkan idea-idea lain jika kejayaan masih tidak ditemui. Di dalam fikiran mereka, mereka hanya mempunyai satu sahaja jalan, iaitu ‘menuju kejayaan’.

Contohnya, apabila mereka membuat keputusan untuk berhenti kerja, mereka akan memastikan pilihan yang dibuat itu adalah satu pilihan tepat. Tiada istilah untuk kembali semula kepada pekerjaan lama.

1. Bekerja keras

Memetik buku yang ditulis oleh Malcolm Gladwell dalam Outliers, untuk menjadi seorang pakar, seseorang itu mestilah sanggup menjalani hukuman 10,000 jam. Tidak kira apa bidang pun, latihan selama ini penting untuk membuat seseorang itu cekap dan mahir.

2. Bekerja lebih lama

Pernahkah anda berjumpa dengan orang berjaya yang hanya tahu duduk ‘rileks’ sebelum mereka kecapi kejayaan? Tidak dinafikan, usahawan dan jutawan yang berjaya hari ini adalah mereka yang sanggup bekerja keras dan lebih lama daripada orang lain. Kejayaan = fokus + kerja kuat.

3. Tidak terikut dengan suara majoriti

Orang yang berjaya tidak mudah terpengaruh dengan suara majoriti. Majoriti akan menyebabkan mereka tersekat dan tidak keluar daripada zon selesa diri sendiri. Orang berjaya mempunyai tabiat untuk memulakan sesuatu. Kalau anda perhatikan beberapa siri kejayaan hari ini, hadiah yang besar diberikan kepada mereka yang unik, dan bukannya kepada mereka yang suka mengikut.

4. Mula dengan akhir, dan berimpian tinggi

Mereka mempunyai matlamat yang tinggi. Orang yang berjaya mempunyai gambaran akhir untuk impian mereka. Mereka memulakan sesuatu projek dengan berimaginasi hasil akhir yang mereka bakal perolehi. Contohnya, mereka tahu apa gambaran terakhir yang menandakan mereka telah berjaya mencapai impian mereka.

5. Tidak berhenti

Apabila sudah sampai ke penghujung destinasi, mereka tidak berhenti. Orang berjaya akan terus meneruskan usaha mereka dengan mempunyai matlamat baru yang lebih tinggi. Kejayaan bagi mereka bukanlah satu destinasi, tetapi lebih kepada proses untuk mencapai destinasi tersebut.

6. Lakukan jualan

Tidak kira apa pun, untuk berjaya anda mesti pandai menjual, dan menjual itu tidak semestinya pada barangan sahaja. Anda boleh sahaja pandai menjual dengan membawa diri apabila berada dalam sesuatu tempat atau sesebuah organisasi. Ianya bukan tentang manipulasi, tetapi lebih kepada bagaimana untuk memahami situasi yang menghasilkan kemenangan.

7. Tidak riak atau sombong

Orang berjaya tidak riak dengan kejayaan diri. Jika hendak diperhatikan, rata-rata mereka biasa-biasa sahaja dan merendah diri sahaja apabila bercakap. Mereka tahu bahawa kejayaan yang dicapai hari ini bukannya datang daripada usaha mereka seorang sahaja.

Sumber: Aliff Channel 

No comments

Powered by Blogger.