Petua Orang Tua Rawat Migrain - Abang Terlajak Laris


Petua Orang Tua Rawat Migrain


Perkongsian oleh Md Rosdi Hasan,

Tuhan saja tahu berapa deritanya bila penyakit ini datang, Tahukah kita semua penyakit ini banyak berlaku pada orang wanita dan kebanyakannya berlaku akibat genatik ataupun keturunan.

Migraine berpunca akibat dimana salur pembuluh darah di otak kita mengecilkan dan dengan secara tiba-tiba ia membesar pula.

Bila sahaja berlaku pekara begini pada saluran darah di otak kita, ia akan menyebabkan tekanan darah menjadi berkurangan di bahagian yang bermasalah itu, oleh disebabkan pekara ini berlakulah menyebabkan kita menjadi Migraine.

Ilmu orang tua-tua dahulu untuk merawat penyakit ini mereka akan mencari kelapa hijau yang muda dan sebiji limau nipis, lalu kelapa itu di tebuk di bahagian atas dan di ambil setengah biji limau nipis dan di perah airnya ke dalam kelapa tadi, serta membaca doa :

Bismillah empat sebanyak tujuh kali dan membaca surah Al-Waqiah, ayat ke sembilan belas sebanyak tiga kali lalu ditiupkan kedalam kelapa muda itu dan di biarkan selama lima minit barulah diminum.


Lakukan dua kali seminggu In Sha Allah kita akan merasa penyembuhannya secara perlahan-lahan.

No comments

Powered by Blogger.