Cara Tradisonal Tanggalkan Bulu Dengan Mudah & Cepat! - Abang Terlajak Laris


Cara Tradisonal Tanggalkan Bulu Dengan Mudah & Cepat!



Perkongsian oleh Rusmida Rusdi,

Anda boleh mencuba cara tradisonal ini untuk menanggalkan bulu dengan mudah dan cepat. Menariknya, ia menggunakan bahan organik dan tidak akan memberi kesan sensitif kepada anda! 

Bahan-bahannya:

1 Cawan gula
1/4 Cawan air
1/4 Air perahan lemon

Cara-caranya: 

Masukkan kesemua bahan tersebut ke dalam periuk kecil dan pasangkan api. Kacau rata hingga ia mendidih, selama 5 ke 7 minit. Kemudian tutup api dan biarkan ia menjadi sticky.

Cara kegunaan:

Apabila campuran itu telah menjadi suam, anda boleh sapukan pada tempat yang anda inginkan buangkan bulu, seperti ketiak ataupun betis. Biarkan ia kering dan kemudian tarik dengan pantas. Anda akan merasakan sedikit pedih pada bahagian tersebut dan untuk mengurangkan rasa sakit, sapukan pelembap.

Siap! Anda akan melihat semua bulu-bulu akan tercabut dan permukaan kulit akan menjadi licin. 

Selamat mencuba!

No comments

Powered by Blogger.