Cara Buat Air Detox Guna Green Untuk Kempiskan Perut - Abang Terlajak Laris


Cara Buat Air Detox Guna Green Untuk Kempiskan Perut


Perkongsian oleh Sha Killa,

Ini cara mudah saya detox badan. Hampir seminggu dah amalkan rasa ringan badan, perut pun dah kempis sikit sebab saya beranak operate 2 kali, perut susah nak kempis sebelum ni. Angin-angin habis keluar. Bila sendawa dan kentut-kentut rasa lega sangat. Tak ada la nak berangin je tak tentu pasal.

Bahan bahan

Green tea cap boh 1 uncang
1sb Halba
Halia (Ikut suka nak letak banyak mana, lagi banyak lagi bagus)
2 cawan air masak

Cara penyediaan

1. Rebus semua bahan sampai mendidih.
2. Tunggu agak-agak dah suam kuku. Minum.
3. Nak tambah madu sikit pun ok.
4. Bagus amalkan masa perut kosong, sebelum makan.

*Detox ini laki perempuan boleh je amalkan. Selain boleh detox badan, bawa keluar angin jahat, juga boleh turunkan berat badan.

Yang penting konsisten. Tengah nasihatkan diri sendiri sebenarnya ni. 

No comments

Powered by Blogger.