5 Sebab Wanita Sedang Bercinta Kelihatan Lebih Cantik - Abang Terlajak Laris


5 Sebab Wanita Sedang Bercinta Kelihatan Lebih Cantik


Berikut ini alasan mudah kenapa cinta membuat seseorang lebih cantik, bahagia dan sihat.

1. Lebih mudah membuat perubahan positif

Jika dahulu kita rasa berat nak diet, apabila in love, baru kita ada motivasi dan matlamat untuk ke gim. Pasangan kita memberi kita pengaruh baik untuk menjadi lebih berkeyakinan dan sihat.

2. Mengurangkan tekanan dan memberi mood baik

Pelukan dan sentuhan boleh membuat kita lebih tenang. Kajian mengatakan oxytocin yang dibebaskan tatkala dipeluk akan memperbaiki mood seseorang! Tanyalah pasangan yang sudah berkahwin jika anda tidak mempercayainya.

3. Melindungi jantung

Cinta bukan sahaja membuat degupan jantung berirama, tetapi ia juga melindungi jantung. Sains mengatakan cinta menurunkan risiko kolesterol tinggi, diabetes dan juga tekanan darah.

4. Panjang umur

Kajian penyelidik UCLA mengatakan kadar kematian di kalangan orang yang tak berkahwin adalah lebih tinggi berbanding yang sudah berkahwin.

5. Lebih awet muda

Bukan hubungan intim sahaja yang boleh memberikan wajah menjadi berseri. Cinta juga boleh membuat wajah seseorang berseri-seri. Cinta melancarkan peredaran darah, memberi kulit nutrien sel dan oksigen yang merupakan resepi awet muda.

Sumber: Aliff Channel

No comments

Powered by Blogger.