Ketiak Hitam! Cerahkan Dengan 4 Cara Semulajadi Ini - Abang Terlajak Laris


Ketiak Hitam! Cerahkan Dengan 4 Cara Semulajadi Ini


Untuk wanita yang bertudung, memanglah ketiak anda dikira aurat, tapi tak geli atau segan ke kalau ketiak anda nampak kusam?

Jangan risau! Ada beberapa cara mudah dan semulajadi yang anda boleh try untuk putihkannya.

1. Ubi kentang

Tahukah anda yang kentang mempunyai ciri-ciri pemutih? Potong kentang hingga menjadi kepingan nipis dan gosokkan pada ketiak anda selama 5 ke 7 minit. Bilas dengan air. Ulang teknik ini 2 atau 3 kali seminggu.

2. Lemon dan soda bikarbonat

Lemon dikenali sebagai cleanser semulajadi yang bagus, jadi belah dua dan gosok je kat ketiak. Campuran jus lemon dan baking soda juga boleh dijadikan sebagai scrub yang efektif. Campurkan sedikit baking soda dengan jus lemon segar dan gosokkan pada ketiak selama 2 ke 3 minit. Ulang sekali atau dua kali seminggu.

3. Minyak kelapa

Untuk mendapatkan ketiak putih, salah satu teknik penting ialah dengan memastikan kulit ketiak anda cukup kelembapannya. Minyak kelapa ialah pelembap semulajadi yang mengandungi vitamin E dan lama-lama boleh membantu memutihkan kulit.

4. Minyak kelapa dan gula

Selain itu, minyak kelapa boleh dijadikan sebagai scrub apabila dicampur dengan gula. Scrub ini penting untuk membuang sel-sel kulit mati yang boleh membuat kulit nampak hitam. Campurkan sedikit minyak kelapa dengan satu sudu kecil gula dan gosok pada ketiak untuk beberapa saat sebelum bilas.

Sumber: Cosmopolitan

No comments

Powered by Blogger.