Petua Hilangkan Lemak Bahagian Pinggul, Peha & Perut Dengan Daun Sireh - Abang Terlajak Laris


Petua Hilangkan Lemak Bahagian Pinggul, Peha & Perut Dengan Daun Sireh


Sebenarnya ada cara semulajadi yang dikatakan berkesan untuk menghilangkan lemak di dalam badan terutamanya bahagian pinggul, peha dan perut. Dikatakan amalan petua ni turut membantu mengeluarkan toksin dalam badan melalui air kencing.

Bahan-bahan

140 helai daun sireh
11 gelas air
1 sudu besar garam
1 sudu teh adas manis

1. Panaskan semua bahan-bahan itu dalam periuk tanah sehingga mendidih.

2. Minumlah ramuan yang dah siap dididih tu sebanyak 3 kali sehari.

Satu peringatan ialah jangan sekali-kali disimpan ramuan yang siap tersebut dalam peti sejuk kerana dikatakan ia boleh menyebabkan perut buncit jika diminum.

No comments

Powered by Blogger.