Petua Untuk Menanggalkan Daki & Kesan Hitam - Abang Terlajak Laris


Petua Untuk Menanggalkan Daki & Kesan Hitam


Petua ini bukan sahaja menjadikan kulit badan anda halus, malahan ia juga akan membantu menanggalkan daki dan kesan hitam.

Bahan bahan:

Sireh
Beras

Cara cara:

1. Kisar segenggam beras sehingga halus dan tumbuk beberapa helai daun sirih sehingga lumat. 

2. Campur kedua-duanya dan sebatikan. Sebelum mandi, lumurkan dahulu campuran sirih dan beras tadi ke seluruh tubuh badan terutama di bahagian ketiak dan celah paha. 

3. Kemudian gosok-gosokkan ia dengan perlahan sehingga semua bahan yang telah dilumur tanggal dari badan. 

Bukan sahaja berkesan malah mampu menjimatkan duit anda. Jika cara tradisional mampu membantu menyelesaikan masalah anda, mengapa harus membuang ratusan ringgit. Sememangnya setiap apa yang diciptakan Allah S.W.T mempunyai kelebihan yang tersendiri. Selamat mencuba ya!

No comments

Powered by Blogger.