4 Perubahan Ini Lepas Bergelar Isteri Ramai Perempuan Tak Perasan - Abang Terlajak Laris


4 Perubahan Ini Lepas Bergelar Isteri Ramai Perempuan Tak Perasan


Perkahwinan adalah sesuatu yang membahagiakan. Lebih lagi jika kita berkahwin dengan lelaki yang kita cintai. Oleh itu, banyak perubahan yang berlaku pada perempuan yang kita sendiri sebenarnya tak perasan. Ini 4 Perubahan yang sering berlaku kepada perempuan selepas bergelar isteri.

1. Aura lebih tenang

Walaupun mungkin tertekan dengan peranan baru sebagai isteri, tetapi aura wajah wanita yang sudah berkahwin biasanya akan kelihatan lebih tenang. Walaupun pada beberapa waktu kelihatan letih, tetapi apabila tersenyum kelihatan berbeza dari biasa.

2. Lebih mudah berkompromi

Jika sebelum ini anda melakukan semuanya sendiri, kini anda terpaksa untuk berkompromi atau berbincang dengan suami anda tentang perkara-perkara yang anda lakukan. Inilah dunia perkahwinan.

3. Sangat mudah tertekan tetapi lebih tenang menghadapi masalah

Tidak semua akan mengalami hal ini. Tetapi dalam beberapa kes, tahap tekanan wanita berkahwin akan meningkat. Ini berkaitan dengan semakin banyaknya tanggungjawab.

Di samping itu, kerana perkahwinan bukan hanya menyatukan dua individu tetapi juga dua keluarga, proses penyesuaian juga dapat menimbulkan tekanan bagi isteri.

Tetapi walaupun sedikit tertekan, wanita yang telah menjadi isteri juga cenderung menjadi lebih tenang dalam menghadapi masalah.

4. Dari jual mahal dan sebaliknya

Bila sudah sah bergelar suami-isteri. Wanita yang pernah menjadi acuh tak acuh akan menjadi lebih berhati-hati. Setelah mereka dimiliki, wanita mungkin menjadi lebih cemburu daripada biasa. Sekiranya ini berlaku, suami mesti mula memberikan pemahaman. Terutama jika kecemburuan ini membuat kedua-dua pihak rasa tidak selesa.

5. Tidak teragak-agak mengadu pada pasangan

Jika kali pertama berkahwin mungkin masih malu atau teragak-agak untuk mengadu dengan pasangan, sekarang selepas perkahwinan anda rasa lebih bebas untuk mengatakan perkara-perkara yang membuat anda kurang selesa. Tetapi ini sebenarnya adalah perkara yang positif kerana ia adalah tanda bahawa anda sudah rasa benar-benar selamat dan selesa dengan suami.

Sumber: Vemale, (Isnin, 2/4/2018) via Pesona Pengantin 

No comments

Powered by Blogger.