Sambal Belacan Thai Legend, Bertambah-Tambah Selera, Cuba Dulu Baru Tahu - Abang Terlajak Laris


Sambal Belacan Thai Legend, Bertambah-Tambah Selera, Cuba Dulu Baru Tahu


Rahsia resipi sambal belacan Thai adalah daun ketumbar, limau nipis dan sos nampla.

BAHAN BAHAN:

*3 ulas bawang merah (bawang kecil)
*2 ulas bawang putih
*1 inci belacan
Cili padi Thai merah dan hijau
1 sudu besar gula
Sepohon ketumbar
1 sudu besar jus limau nipis
1 sudu besar nampla (sos ikan)

CARA MEMASAK:

1. Bahan bertanda* cucuk lidi/garpu, salai atas dapur dengan kulit smpai layu. Selepas itu kupas kulit.

2. Guna lesung, tumbuk cili padi thai merah dan hijau.

3. Masukkan bahan salai dan tumbuk bersama gula.

4. Masuk sepohon ketumbar bersama akarnya sekali. Tumbuk lagi.

5. Akhir sekali masukkan jus limau nipis & nampla. Kacau rata dan siap.

INFO: 

Lagi sedap makan dengan jering, pucuk ubi rebus dan ulaman yang lain.

No comments

Powered by Blogger.