“Tak Perlu Banding, Masing-Masing Ada Cara Sendiri” - Abang Terlajak Laris


“Tak Perlu Banding, Masing-Masing Ada Cara Sendiri”


Petikan portal mStar.com.my

Selepas dikecam teruk netizen gara-gara menghantar ketiga-tiga anaknya ke sebuah rumah, usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman dan isterinya, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid tampil menjelaskan situasi sebenar.

Menurut Aliff, netizen salah anggap mengenai tindakannya meninggalkan ketiga-tiga anaknya Ammar Ahyan, 10, Qadejah El Zahra, 8, dan Ibraheem Adham, 6, di sebuah rumah seperti dalam video yang dimuatnaik di laman Instagramnya pada Ahad malam.

Jelasnya, babak tangisan anak bongsu Alif, Ibraheem dan dua lagi anaknya yang kelihatan sedih adalah untuk dikongsikan bersama peminat program realitinya 'Oh Abang Kosmetik'.

"Sekarang saya sedih sangat sebab orang bising gara-gara pasal anak kita hantar. Saya upload sebab cerita naik ke realiti show," kata Aliff menerusi video yang dimuatnaik di laman Intagramnya pagi Isnin.

Menjelaskan lebih lanjut mengenai perkara itu, Nur Shahida berkata perkara tersebut tidak sepatutnya diperbesar-besarkan kerana sudah menjadi lumrah anak-anak kecil yang ditinggalkan ibu bapa pasti akan menangis.

"Sebenarnya sama je kalau kita hantar anak-anak ke tadika, mereka akan menangis... takkan kita nak bawa balik dan simpan kat rumah.

"Alah tak ada apa-apa pun. Biasalah kalau budak menangis kita balik mereka dah diam," katanya.

Tambah Nur Shahida lagi, dia dan Aliff bukannya meninggalkan tiga anak kesayangan mereka itu di rumah individu yang tidak dikenali.

"Pertama kita letak kat rumah orang kita kenal, lepas tu mesti ada orang jaga," katanya.

Dalam pada itu, Aliff berkata pendekatan tersebut dilakukan terhadap ketiga-tiga anaknya itu kerana mahu mereka belajar berdikari.

"Kemewahan kadang-kadang menjadikan anak-anak kita lalai. Saya hantar sebab nak mereka belajar hidup berdikari, pandai makan dan basuh pinggan, pandai kemas katil serta pandai urus diri.

"Di rumah saya semua kerja diuruskan pembantu rumah... siap ada pemandu, pengawal keselamatan, tukang kebun semua. Jadi dia tak susah macam saya rasa," katanya.

Malah Aliff turut mempertahankan pendekatan yang digunakan dalam mendidik anak-anaknya.

"Kita masing-masing ada anak-anak... masing-masing ada cara, tak perlu banding cara kita didik anak-anak OK. Masing-masing ada cara.

"Sekurang-kurangnya mereka ingat bila mereka ada kat rumah tak nak menolong, tak nak membantu... saya cakap kalau malas mama hantar rumah orang lagi," katanya.

Pada malam Ahad, Aliff memuat naik dua video di akaun Instagramnya, menunjukkan ketiga-tiga anaknya dihantar ke sebuah rumah, dipercayai selama seminggu untuk belajar bagaimana hidup susah dan berdikari.

Menerusi dua video tersebut, kelihatan Ibraheem atau lebih mesra dipanggil Baem menangis kerana ditinggalkan oleh usahawan itu dan isteri di sebuah rumah yang tidak diketahui lokasi dan pemiliknya yang hidup serba kekurangan.

Walaupun hanya kedengaran Baem menangis, namun dua lagi anak pasangan itu, Ammar dan Qadejah turut dilihat bersedih.

No comments

Powered by Blogger.