2 Petua Daun Pandan Kekal Segar & Tak Mudah Kering Bila Nak Digunakan - Abang Terlajak Laris


2 Petua Daun Pandan Kekal Segar & Tak Mudah Kering Bila Nak Digunakan


Daun pandan yang dibeli biasanya akan kering jika disimpan begitu sahaja di dalam peti sejuk. Bimbang berlaku pembaziran, ada cara untuk anda simpan daun pandan ini pada tempoh yang lebih lama. Malah lebih segar. Bila hendak digunakan dalam masakan, keluarkan sahaja malah strukturnya masih lagi sama. Soalnya bagaimana hendak menyimpan daun pandan ini lebih lama dan tidak kering?


Cara 1: Cara ini dikongsikan oleh Shaz Abdul,

Sekadar perkongsian cara saya simpan jus pandan dan supaya tahan lama. Daun pandan yang sudah dikisar dan ditapis. Masukkan dalam plastik aiskrim dan simpan dalam tempat beku. Tapi awas, jangan sampai anak-anak ambik makan macam aiskrim.

Cara 2: Cara ini dikongsikan oleh Aniza Dzahir,

Ni cara saya simpan daun pandan tahan lama dan fresh sentiasa, kot ada peniaga nasi lemak atau suri-suri rumah nak cuba dipersilakan. Daun pandan tu basuh bersih-bersih, simpul dan letak kat tempat sejuk beku. Siap! Berbulan-bulan pun fresh gitu.

No comments

Powered by Blogger.